Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Aaliyah cipta rekod di Florida
    Sukan

    Aaliyah cipta rekod di Florida

    adminBy admin22/06/2022Updated:22/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA | Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah melakukan persiapan terbaik menjelang Sukan Dunia bulan depan apabila memecah dua rekod Asia, selain mencatat tiga rekod peribadi terbaik pada kejohanan Fluid Summer Showdown di Polk City, Florida baru-baru ini.

    Aaliyah mencipta pencapaian luar biasa dengan melepasi 8,000 mata buat pertama kali dalam acara kegemarannya, tricks dengan meraih 8,080 mata untuk menduduki tempat kedua pada pusingan pertama. Peserta Amerika Syarikat (AS), Erika Lang muncul pemenang dengan 11,420 mata.

    Atlet berusia 18 tahun itu kemudian menamatkan saingan dengan 7,300 mata di pusingan kedua. Rekod Asia dan catatan terbaik sebelum ini adalah 7,680 mata dilakukan pada Kejohanan Asia 2019.

    Aaliyah kemudian meneruskan rentak cemerlang dalam acara jump apabila melakukan 41.9 meter (m) pada pusingan kedua, memperbaharui catatan 41.4m dilakukan di Moomba Masters, di Melbourne, Mac lalu.

    “Saya sangat bersyukur dapat kembali beraksi di Florida selepas empat tahun. Ini merupakan kejohanan yang baik untuk saya kerana semua peserta dilihat menyaingi rekod peribadi bagi membuktikan kemampuan dan kedudukan dengan tekanan yang cuma minima.

    “Suasana yang baik kerana dikelilingi oleh ramai atlet ski dan rakan-rakan di tempat ini yang saya kira sebagai salah satu tempat terbaik untuk ski air di Florida. Walaupun keluasannya agak kecil, namun angin di sini sangat baik untuk acara lompatan.

    “Saya juga sebenarnya tidak sangka dapat beraksi dengan sangat tenang sepanjang pertandingan dan itu sangat membantu mendapatkan markah yang baik,” katanya satu kenyataan hari ini.

    Aaliyah yang merupakan Duta Yayasan Sime Darby dan menghuni ranking ke-14 kategori tricks terbuka wanita akan menyertai kejohanan June Okee 3-Event Record di West Palm Beach, Florida pada 25-26 Jun sebelum beraksi pada Sukan Dunia di Birmingham, Alabama dari 7 hingga 17 Julai. SUMBER: UTUSAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSatelit MEASAT-3d bakal beri kemudahan internet lebih baik
    Next Article Bekalan berlebihan, Indonesia mahu eksport ayam ke Singapura
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.