Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Abang tak sengaja tertembak adik berusia tiga tahun
    Global

    Abang tak sengaja tertembak adik berusia tiga tahun

    adminBy admin23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JAWA TIMUR | Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang merupakan anak kepada ulama KH Arrazy Hasyim meninggal dunia akibat terkena tembakan pistol milik polis yang mengiringinya.

    Lapor Kompas.com, Ketua Polis Tuban, Darman berkata, kemalangan tersebut berpunca akibat kecuaian sehingga menyebabkan kematian anak kepada ulama yang dikenali sebagai Buya Arrazy.

    Katanya, mangsa dikenali sebagai Hushaim Shah Wali Arrazy sudah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wareng, Desa Palang, Tuban.

    “Kejadian bermula ketika Buya Arrazy dan keluarganya mengunjungi rumah mentua di Desa Palang hari ini.

    “Ketika itu, keluarganya diiringi pihak polis yang bertugas mengawalnya.

    “Anggota polis yang merupakan pengawal peribadi Buya Arrazy meletakkan senjata api yang dibawanya di satu tempat ketika hendak menunaikan solat Zohor,” katanya.

    Darman berkata, tidak semena-mena anak pertama Buya berusia lima tahun mengambil senjata api tersebut dan bermain bersama adiknya yang merupakan mangsa kejadian.

    “Senjata sudah diletakkan di tempat yang selamat. Namun, namanya musibah di mana sahaja boleh berlaku,” katanya. SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSubsidi rakyat tak dimansuh, pemberian bertambah
    Next Article Curi barang kemas rakan untuk belanja kekasih
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.