Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Agong zahir tahniah pelancaran satelit MEASAT-3d
    Am

    Agong zahir tahniah pelancaran satelit MEASAT-3d

    MuhammadBy Muhammad23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR |Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia serta pengendali satelit utama negara, Measat Global Berhad (MEASAT), atas kejayaan pelancaran Satelit MEASAT-3d pada awal pagi hari ini.

    Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda menzahirkan rasa sukacita dengan kejayaan ini.

    Katanya, ianya amat bermakna khususnya buat rakyat Malaysia apabila rakyat dapat menikmati internet berkelajuan tinggi tidak kira di kawasan bandar dan pinggir bandar atau pedalaman di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi perkhidmatan jalur lebar satelit.

    “Baginda bertitah ianya juga selaras dengan inisiatif Kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha merapatkan jurang ketersambungan digital dan mewujudkan masyarakat inklusif digital tanpa meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negara ini.

    “Baginda menzahirkan harapan agar dengan akses Internet yang stabil dan pantas, rakyat Malaysia akan memperoleh pelbagai manfaat sosioekonomi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajaran digital,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

    Ahmad Fadil berkata lagi, Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas pelancaran Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf yang juga telah berlangsung pada pagi hari ini.

    Katanya, Baginda telah dijadualkan berangkat untuk menyempurnakan majlis pelancaran tersebut tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan berikutan kegeringan Baginda yang menjalani rawatan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini sejak Isnin lalu (20 Jun 2022).

    “Walaupun sedang menjalani rawatan, Baginda telah berkenan meluangkan masa menzahirkan Titah Diraja menerusi rakaman video di kamar istirahat Baginda di hospital tersebut kelmarin untuk ditayangkan di majlis pelancaran hari ini.

    “Baginda dalam rakaman titahnya, selain ucapan tahniah, menzahirkan harapan agar inisiatif-inisiatif yang telah dirangka berjaya mencapai sasaran dan hasrat penubuhannya dalam menyemarakkan sinar Islam dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

    Adalah dimaklumkan juga bahawa Baginda telah menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dengan jayanya pada Isnin lalu (20 Jun 2022) dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

    Ekoran daripada prosedur intervensi tersebut, Baginda telah selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan.

    Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara pada hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut.

    Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Baginda.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKerajaan setuju wujudkan semula JKMMS
    Next Article Aplikasi GeoHASiL mantapkan operasi dan pematuhan cukai
    Muhammad

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.