Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » BERSATU ugut PM? Razlan dah lupa sejarah Umno kemaruk kuasa jatuhkan Muhyiddin
    Politik

    BERSATU ugut PM? Razlan dah lupa sejarah Umno kemaruk kuasa jatuhkan Muhyiddin

    adminBy admin23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Pemimpin BERSATU menolak tuduhan pemimpin UMNO kononnya parti itu cuba mengugut Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob untuk merombak barisan Jemaah Menteri.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, pihaknya sangat menghormati hak prerogatif perdana menteri, namun sebagai kerajaan yang dibentuk bersama, rundingan dengan ketua-ketua parti perlu dibuat dalam menentukan kedudukan menteri.

    Katanya, ini termasuk Zuraida Kamaruddin selepas ahli Parlimen Ampang itu menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

    “Tiada siapa sebenarnya dari BERSATU yang mengugut, memaksa atau mahu mengajar perdana menteri berkenaan hal ehwal barisan Jemaah Menterinya.

    “Namun dalam situasi kerajaan yang dibentuk secara bersama dan musyawarah, adalah suatu kelaziman untuk seseorang perdana menteri berunding dengan ketua-ketua parti yang membentuk kerajaannya bagi mengekalkan keharmonian dan kerjasama.

    “Apa yang disuarakan di media dari pihak kami ialah sekadar permohonan agar ia dipertimbangkan oleh perdana menteri,” katanya kepada FMT.

    Katanya, dalam kes Zuraida, perdana menteri wajar berunding dengan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia melibatkan kuota kerusi menteri dari parti itu yang telah “dikhianati”.

    “Kuota itu pula adalah hasil perjanjian bersama ketika membentuk kerajaan persekutuan dari Perikatan Nasional atau yang dipanggil kerajaan Keluarga Malaysia pada hari ini.

    “Parti PBM yang disertai Zuraida itu tidak tergolong dalam kelompok parti yang membentuk kerajaan sekarang,” katanya dengan menambah, parti berkenaan juga tiada sebarang perjanjian dengan kerajaan.

    Beliau berkata demikian mengulas kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Razlan Rafii yang menggesa Ismail supaya tidak melayan sebarang ugutan mahupun desakan mana-mana pihak yang dilihat cuba mengganggu gugat perjalanan pentadbirannya.

    Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan Razlan sebagai lupa sejarah dengan menuduh pemimpin Umno sebenarnya kemaruk kuasa dan suka mengugut apabila bertindak menekan Muhyiddin sewaktu menjadi perdana menteri supaya jawatan timbalannya diberi kepada parti mereka.

    “Mungkin beliau lupa sejak Okt 2020 ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri, banyak laporan berita mengenai tuntutan pihak Umno berkenaan jawatan timbalan perdana menteri sehingga turut dibincangkan mesyuarat badan tertinggi parti tersebut,” katanya.

    Menurutnya, sejarah membuktikan Umno ketika itu bukan saja mengugut Muhyiddin malah menarik sokongan di saat negara dalam pemulihan pasca-Covid-19 demi menjatuhkan perdana menteri kelapan itu.

    “Antara alasan yang diberikan oleh beberapa pemimpin kanan Umno sehingga kini ialah kononnya Umno perlu berkuasa mutlak dan menjadi ketua dalam kerajaan Malaysia.

    “Apakah itu bukan kemaruk jawatan dan kuasa?” soalnya. SUMBER: BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePM perlu beri perhatian serius jumpa Muhyiddin, kata Wan Saiful
    Next Article Selesaikan kes mahkamah sendiri, tak perlu sibuk urusan lain – Wan Saiful bidas Najib
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.