Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » IP negatif 0.5 peratus, pemulihan ekonomi dijangka lebih baik
    Ekonomi

    IP negatif 0.5 peratus, pemulihan ekonomi dijangka lebih baik

    MuhammadBy Muhammad23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Indeks Pelopor (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan perubahan tahunan yang lebih baik pada negatif 0.5 peratus dan menjangkakan pemulihan ekonomi ke hadapan yang lebih baik.

    Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi IP bagi April 2022 mereda kepada negatif 0.5 peratus, mencatatkan pertumbuhan negatif yang lebih baik daripada negatif 1.4 peratus pada Mac 2022.

    Katanya, penurunan dalam IP dipengaruhi terutamanya oleh kemerosotan Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan disebabkan oleh penurunan permohonan daripada pemaju pada bulan tersebut.

    “Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, IP menyusut kepada negatif 0.5 peratus disebabkan oleh Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-1.4%), Bilangan Syarikat Baru Didaftar (-0.5%) dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (-0.3%).

    “Walaupun IP perlahan pada bulan rujukan, hala tuju yang ditunjukkan oleh IP terlicin kekal menggalakkan dengan konsisten melebihi arah aliran jangka panjang dan mencatatkan mata indeks yang lebih baik.

    “Ini menunjukkan bahawa hala tuju trend pemulihan ekonomi Malaysia bertambah baik. Namun begitu, isu inflasi dan kenaikan harga komoditi perlu diberi perhatian dengan mengambil kira situasi global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Indeks Serentak (IS) yang mengukur prestasi ekonomi semasa secara keseluruhan semakin meningkat sejak Februari 2022.

    Katanya, ia mencerminkan peningkatan dalam aktiviti ekonomi dengan pengoperasian lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial pada kapasiti penuh.

    “IS terus meningkat sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 120.3 mata pada April 2022. Berasaskan bulanan, pertumbuhan IS meningkat kepada 2.0 peratus pada bulan rujukan berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

    “Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan ketara dalam Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (1.6.4). Berhubung dengan tempoh rujukan bagi kitaran perniagaan di Malaysia. IS mengesan kemelesetan akibat pandemik COVID-19 bermula pada Februari 2020 dan berakhir pada Julai 2021,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAplikasi GeoHASiL mantapkan operasi dan pematuhan cukai
    Next Article Suspek ceroboh bangunan, terbabit kes cedera isteri dan ibu mentua direman 3 hari
    Muhammad

    Related Posts

    Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40

    26/06/2022

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.