Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kadar inflasi teras Singapura melonjak paras tertinggi
    Global

    Kadar inflasi teras Singapura melonjak paras tertinggi

    adminBy admin23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SINGAPURA | Inflasi teras Singapura meningkat pada bulan lalu kepada paras tertinggi sejak 2008, dipacu oleh kenaikan harga makanan dan bekalan.

    Inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet, berada pada 3.6 peratus dari tahun ke tahun pada Mei, naik daripada paras tertinggi 10 tahun sebelumnya sebanyak 3.3 peratus pada April, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (23 Jun).

    Lapor Berita Mediacorp, Indeks Harga Pengguna (CPI) utama, atau inflasi keseluruhan, mencecah 5.6 peratus dari tahun ke tahun pada Mei, menjangkaui 5.4 peratus yang dilaporkan pada April dan Mac.

    INFLASI MENINGKAT PANTAS BAGI SEMUA SEKTOR

    Inflasi makanan meningkat dari 4.5 peratus pada bulan Mei berbanding 4.1 peratus pada April, manakala harga khidmat makanan melonjak lebih kukuh, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataan media bersama.

    Inflasi runcit dan barangan lain juga meningkat, mencatat 1.8 peratus pada Mei berbanding 1.6 peratus pada April, manakala harga pakaian dan kasut, barangan peribadi dan produk penjagaan peribadi terus meningkat.

    Inflasi bagi tenaga elektrik dan gas meningkat kepada 19.9 peratus pada Mei berbanding 19.7 peratus pada April manakala harga purata pelan elektrik yang ditawarkan oleh syarikat Pasaran Terbuka Elektrik (OEM) meningkat pada rentak yang lebih pantas, menurut MAS dan MTI.

    Inflasi perkhidmatan juga naik sedikit kepada 2.6 peratus daripada 2.5 peratus pada April disebabkan rentak pantas kenaikan dalam kos perbelanjaan percutian dan khidmat teksi serta kereta sewa persendirian.

    Inflasi penginapan naik dari 0.1 peratus kepada 4 peratus pada Mei disebabkan kenaikan lebih tinggi dalam harga sewa rumah. Inflasi pengangkutan persendirian meningkat kepada 18.5 peratus daripada 18.3 peratus pada April, dengan harga petrol meningkat di tengah-tengah harga minyak global yang lebih tinggi.

    MAS dan MTI mengumumkan bahawa tekanan inflasi luaran terus hebat di tengah-tengah kenaikan harga komoditi sejagat serta masalah rantaian bekalan yang berlarutan akibat konflik Rusia-Ukraine dan situasi Covid-19 serantau.

    Dari sudut domestik pula, pasaran buruh dijangka “kekal sengit dan akan menyokong rentak kukuh kenaikan gaji sepanjang tahun ini”.

    Inflasi teras diunjurkan meningkat lagi pada bulan-bulan mendatang, menurut MAS dan MTI.

    Bagaimanapun, ia dijangka sederhana menjelang hujung tahun ini, sedang “beberapa tekanan inflasi luaran semakin mereda”.

    Sungguhpun demikian, kedua-dua pihak memberi amaran bahawa risikonya tetap wujud, termasuk kejutan geopolitik dan yang berkaitan dengan pandemik.

    Bagi keseluruhan tahun ini, inflasi utama diunjurkan antara 4.5 peratus dengan 5.5 peratus, manakala inflasi teras dijangka mencecah antara 2.5 peratus dengan 3.5 peratus.

    BANTUAN YANG AKAN DIBERIKAN

    Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa pakej sokongan S$1.5 juta (RM4.8 juta) akan diberikan untuk menyediakan bantuan segera kepada golongan berpendapatan rendah dan lebih memerlukan untuk berdepan kenaikan inflasi. SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCuri barang kemas rakan untuk belanja kekasih
    Next Article Pimpinan BERSATU tepis dakwaan Najib tak pertahan Muhyiddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.