Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pimpinan BERSATU tepis dakwaan Najib tak pertahan Muhyiddin
    Politik

    Pimpinan BERSATU tepis dakwaan Najib tak pertahan Muhyiddin

    adminBy admin23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KANGAR | Kepemimpinan BERSATU menepis kritikan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka tidak langsung mempertahankan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terutama dalam dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.

    Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya sentiasa mempertahankan Muhyiddin dan tidak pernah membelakangkan presiden parti itu meskipun terdapat lima lagi ahli politik lain yang disebut dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    “Sebenarnya dia (Najib) tidak perlu sibuk hal orang lain kerana dia sendiri perlu selesaikan masalah kes mahkamah dia yang tidak selesai lagi, apatah lagi yang mengkritik itu juga adalah orang yang tidak mempunyai ‘moral standing’ dalam kalangan masyarakat.

    “Kita (BERSATU) sentiasa pertahankan Tan Sri Muhyiddin dan pada masa sama juga rakyat sendiri boleh melihat individu yang ‘menyerang’ Tan Sri Muhyiddin ini juga sedang menghadapi kes rasuah yang boleh dianggap sebagai ‘national embarassement’ kerana bercakap kononnya tidak mahu rasuah. “Malah, penyokong Najib juga perlu sedar gerangan individu yang disokong mereka itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama Pimpinan BERSATU Malaysia yang lain mengadakan lawatan kerja ke sebuah pusat penyembelihan ayam di Pusat Perindustrian Kuala Perlis, di sini, hari ini.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor yang juga Ketua Bahagian BERSATU Puchong, Shukor Mustafa berkata, terdapat lima lagi ahli politik yang dikaitkan dalam kes rasuah itu tetapi mengapa nama Muhyiddin yang dicanang seolah-olah individu yang lain itu tidak terkait.

    “Tan Sri Muhyiddin sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia disiasat sekiranya terbukti dia terbabit dalam kes berkenaan dan mengapa harus difokuskan kepada Tan Sri Muhyidddin sahaja walhal terdapat empat hingga lima lagi ahli politik dari parti kerajaan yang disebut dalam kes itu.

    “Oleh itu, kita menggesa agar siasatan kes ini tidak hanya tertumpu ke seorang individu, sebaliknya kepada semua yang didapati mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya.

    Dalam satu hantaran di Facebook pada 20 Jun lalu, Najib menyindir pimpinan BERSATU yang dilihat tidak langsung mempertahankan Muhyiddin ketika nama pemimpin itu terkait dengan dakwaan menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018 semasa perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    Selain Muhyiddin, lima lagi nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah itu adalah Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman. SUMBER: BERITA HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKadar inflasi teras Singapura melonjak paras tertinggi
    Next Article Pembangunan kemajuan projek ECRL capai 30 peratus
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.