Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PM perlu beri perhatian serius jumpa Muhyiddin, kata Wan Saiful
    Am

    PM perlu beri perhatian serius jumpa Muhyiddin, kata Wan Saiful

    adminBy admin23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA PERLIS | BERSATU menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi perhatian serius untuk berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

    Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan kerajaan hari ini adalah hasil sokongan daripada beberapa Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ismail juga dicalonkan oleh BERSATU untuk ‘diangkat’ menjadi perdana menteri kerajaan masa ini.

    “Perdana Menteri kena bagi perhatian yang seriuslah.

    “Kena ingat gabungan PN ada 50 orang Ahli Parlimen. Dicampur dengan sokongan kita dapat daripada GPS ada hampir 70 orang.

    “Ini gabungan besar. Malahan lebih besar dari BN. Kita yang angkat beliau jadi calon Perdana menteri dan diterima dengan sokongan daripada kita,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang penyembelihan ayam MyFarm Village di sini, hari ini.

    Hadir sama dalam lawatan itu adalah Ketua Bahagian BERSATU Arau, Megat Hashirat; Ketua Bahagian BERSATU Puchong, Mohd Shukor Mustaffa; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Mohd Yazid Mohd Yunus; Ketua Penerangan Sayap Bersekutu BERSATU, S Gobi Krishnan; Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah; dan Ketua Bahagian BERSATU Sepang, Dato’ Suhaimi Ghazali.

    Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata jemputan Muhyiddin untuk berjumpa dengan Ismail juga dibuat secara sihat dan ‘keluarga’.

    Beliau berkata jika Ismail mempunyai masa untuk menonton bola, tidak salahnya beliau meluangkan masa untuk berjumpa Muhyiddin berbincang kedudukan Zuraida sebagai menteri.

    “Jadi kalau ada masa tonton bola, takkan nak jumpa orang yang mencalonkan dia tak sempat.

    “Kita sebut secara family, bukan dengan cara yang tak sihat.

    “Rakaman pun tunjuk kita sebut dengan intonasi yang baik. Jadi lepas menonton bola, makan malam, apa salahnya penuhi jemputan untuk berjumpa,” katanya.

    Pada 21 Jun lalu, Muhyiddin berkata beliau sudah menunggu terlalu lama untuk temu janji berjumpa perdana menteri berhubung kedudukan Zuraida sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

    Muhyiddin sebelum ini juga berharap isu jawatan Zuraida dalam Kabinet diselesaikan dengan segera. SUMBER: BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRM800 juta Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia diperuntukkan jamin pengeluaran makanan
    Next Article BERSATU ugut PM? Razlan dah lupa sejarah Umno kemaruk kuasa jatuhkan Muhyiddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40

    26/06/2022

    Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus

    26/06/2022

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.