Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Selesaikan kes mahkamah sendiri, tak perlu sibuk urusan lain – Wan Saiful bidas Najib
    Politik

    Selesaikan kes mahkamah sendiri, tak perlu sibuk urusan lain – Wan Saiful bidas Najib

    adminBy admin23/06/2022Updated:23/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA PERLIS | Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu dakwaan menerima dana Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

    Beliau menyarankan Najib supaya menyelesaikan masalah kes mahkamahnya sendiri berbanding mengkritik Muhyiddin.

    “Pesanan saya satu sahaja iaitu, dia selesaikan masalah kes mahkamah dia.

    “Tidak perlu sibuk-sibuk benda lain. Tak ada moral langsung orang macam ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang penyembelihan ayam MyFarm Village di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Najib yang mengkritik Muhyiddin selepas dikaitkan dakwaan menerima dana sebanyak RM1.3 juta daripada UKSB, syarikat yang terlibat dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    Hadir sama dalam lawatan itu adalah Ketua Bahagian BERSATU Arau, Megat Hashirat; Ketua Bahagian BERSATU Puchong, Mohd Shukor Mustaffa; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Mohd Yazid Mohd Yunus; Ketua Penerangan Sayap Bersekutu BERSATU, S Gobi Krishnan; Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah; dan Ketua Bahagian BERSATU Sepang, Dato’ Suhaimi Ghazali.

    Mengulas lanjut, Wan Saiful menyarankan BERSATU tidak melayan kritikan Najib terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan menerima rasuah.

    “Kita baca sahaja. Kemudian sama-sama kita ketawakan,” tambahnya lagi.

    Dalam masa sama, Wan Saiful berkata menasihatkan penyokong-penyokong Najib tidak selamanya sujud dan melutut terhadap Najib.

    Beliau berkata kes mahkamah skandal rasuah Najib juga adalah sesuatu yang memalukan negara.

    “Jadi dia (Najib) kena sedar diri sikit. Penyokong-penyokong Najib juga kena sedar diri juga siapa yang dia sokong.

    “Jangan asyik sujud dan melutut kepada orang berperangai macam ini. Kena fikir masa depan negara,” katanya.

    Pada 18 Jun, Najib mempertikaikan dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak menerima dana RM1.3 juta, pada 2018, seperti yang diberitahu di mahkamah.

    Muhyiddin berkata, dia tidak pernah menerima wang daripada UKSB dan mengatakan adalah mustahil menerima wang dikatakan itu ketika sedang menghidap kanser dan menjalani rawatan.

    Najib memetik laporan berita yang menunjukkan garis masa sebelum dan selepas Muhyiddin menjalani rawatan kanser serta tarikh ketika dakwaan sogokan itu dilakukan. SUMBER: BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBERSATU ugut PM? Razlan dah lupa sejarah Umno kemaruk kuasa jatuhkan Muhyiddin
    Next Article 2 lelaki cuba melarikan diri dari polis ditahan selepas langgar beberapa kenderaan
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.