Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 2 lelaki cuba melarikan diri dari polis ditahan selepas langgar beberapa kenderaan
    Am

    2 lelaki cuba melarikan diri dari polis ditahan selepas langgar beberapa kenderaan

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali24/06/2022Updated:24/06/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PASIR MAS | Polis menahan dua lelaki yang bertindak melarikan diri dan melanggar beberapa kenderaan kejadian di Wakaf Bharu, dekat Tumpat semalam.

    Mereka yang berusia 26 dan 42 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

    Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum itu, polis terserempak dengan dua lelaki itu menaiki kereta jenis Perodua Bezza dalam keadaan mencurigakan di Jalan Meranti di sini, pada jam 2.45 petang semalam.

    Katanya, anggota bertugas menghampiri kereta dan memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa.

    “Menyedari kehadiran polis, pemandu bertindak memecut kenderaan untuk meloloskan diri.

    “Susulan itu, anggota mengekori kereta itu dari Jalan Meranti sehingga jalan utama Wakaf Bharu menghala ke Pasir Pekan. Pemandu memandu dalam keadaan agresif serta membahayakan orang awam dan melanggar beberepa kereta serta motosikal di jalan itu.

    “Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas dan polis berjaya menahan kereta itu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, anggota kemudian membuat pemeriksaan tubuh badan kedua-dua lelaki itu dan tidak menjumpai apa-apa barang salah.

    Menurutnya, kereta itu dibawa ke Balai Polis Meranti untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSelesaikan kes mahkamah sendiri, tak perlu sibuk urusan lain – Wan Saiful bidas Najib
    Next Article Syarikat telekomunikasi diberi notis gagal penuhi piawaian
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.