KUALA LUMPUR | Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan konvensyen gabungan parti itu pada 27 Ogos ini.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata konvensyen itu juga dibuat bersempena sambutan ulang tahun kedua PN.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam tadi.
Tambahnya, Mesyuarat Majlis Tertinggi PN itu turut dihadiri oleh presiden parti-parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
“Saya telah melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri Kelantan dan pelancaran PN Terengganu di Marang pada 30 Julai 2022.
“Mesyuarat ini turut membincangkan persiapan-persiapan penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.