SEREMBAN | Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, adalah suatu langkah positif demi membentuk kepimpinan politik yang lebih berintegriti.
Setiausaha Negeri BERSATU Negeri Sembilan Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tahap kepercayaan masyarakat kepada pimpinan politik mesti diperbaiki.
“Maka kepimpinan muda mesti meneruskan agenda K-Politic dan politik berasaskan nilai.
“Buat ahli politik/ADUN N.Sembilan yang pernah bertemu untuk soal jajaran baharu, saya saran hentikanlah.
“Sampai waktu PRU15 akan datang, kita serah mandat kepada rakyat semula.
“BERSATU Dan PN Negeri Sembilan tidak memerlukan pendekatan seperti ini,” katanya.
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan selepas bacaan kali ketiga dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga pada Khamis.
Undi belah bahagian yang dimulakan pada jam 4.45 petang itu menyaksikan seramai 209 bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.