Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MAHA 2022: 9 MoU babit pelaburan lebih RM4 bilion bakal dimeterai
    Am

    MAHA 2022: 9 MoU babit pelaburan lebih RM4 bilion bakal dimeterai

    adminBy admin31/07/2022Updated:31/07/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SERDANG | Sembilan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatangani Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan pemain industri pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

    Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata pemeteraian MoU itu akan membabitkan pemain industri dari dalam dan luar negara, sepanjang tempoh penganjuran pameran berkenaan dari 4 hingga 14 Ogos ini.

    “Kita melihat sambutan pihak industri dan pemain tempatan, tentu ia akan memberi suatu ruang pameran ekspo (MAHA) yang dinantikan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

    MAHA 2022 akan dimeriahkan dengan lapan laman pertanian sebagai tarikan pengunjung, iaitu Laman Perikanan, Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-buahan, Laman Nanas, Laman Jentera dan Laman Florikultur.

    Beliau berkata, MAHA 2022 yang bertema ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ akan mengetengahkan banyak pendekatan baharu dan mekanisasi, termasuk Internet benda (IoT) serta penemuan teknologi baharu dalam mempertingkatkan produktiviti.

    “Ruang pameran (MAHA) akan memberi ruang kepada pemain industri kecil, sederhana dan besar untuk mempromosikan produk hiliran daripada sektor pertanian ini,” katanya.

    Ronald berkata, kesemua lapan laman itu mempunyai tarikan tersendiri, bergantung pada minat pengunjung dalam industri pertanian.

    “Bagi pengunjung yang ingin melihat sawah, mereka akan berkunjung ke laman padi. Mereka yang ingin melihat sektor perikanan pula, tentunya akan berkunjung ke laman perikanan,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMAHA 2022 siap sedia dikunjungi
    Next Article Gabungan tiga parti Melayu besar sepatutnya mampu menang besar PRU15
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.