Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Nangis Depan Rumah, Budak Lelaki Sebak Rakan Sekolah Tanya Kenapa Ibu Tak Jemput Balik – ‘Ibu Dah Tak Ada’
    Global

    Nangis Depan Rumah, Budak Lelaki Sebak Rakan Sekolah Tanya Kenapa Ibu Tak Jemput Balik – ‘Ibu Dah Tak Ada’

    adminBy admin01/08/2022Updated:01/08/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Setiap yang hidup di dunia ini pasti akan mati. Itulah hakikat yang perlu ditelan meskipun pahit. Walaupun sukar untuk menghadapi, bagi yang masih hidup wajib meneruskan hidup mereka seperti biasa.

    Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia meruntun hati warganet apabila luahannya mengenai Allahyarhamah ibunya tular di media sosial.

    Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Arvino Hasibuan, memaparkan seorang kanak-kanak dilihat sedang menangis teresak-esak. Pada awalnya, si bapa berasa pelik dengan sikap anaknya yang tidak mahu masuk ke dalam rumah dan hanya termenung di luar selepas pulang dari sekolah.

    Apabila ditanya, anaknya yang bernama Vino itu mula membuka mulut dan bercerita sambil mengalirkan air mata kerana cemburu melihat rakannya dijemput oleh ibu masing-masing kerana ibunya sudah meninggal dunia.

    Dalam keadaan menangis, Vino mengatakan bahawa dirinya hanya mampu berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah tanpa ditemani oleh sosok seorang ibu yang dirindui olehnya.

    Tadikan Vino balik dari sekolah, kawan-kawan Vino semua dijemput ibu mereka. Vino tak dijemput pun dengan ibu.

    Lepas tu kawan tanya mana ibu Vino tapi Vino kata ibu dah tak ada.

    Sebak mendengar luahan anaknya, si bapa kemudiannya mengusap air mata yang membasahi pipi serta memeluk anaknya itu. Susulan daripada itu, video berdurasi dua minit 50 saat itu meraih lebih 30.5 juta tontonan dan mendapat lebih tiga juta tanda suka di TikTok. ‘Mengalir air mata aku’

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTangga stesen kereta api di Jepun keluarkan bunyi melodi
    Next Article ‘Kalau Saya Di Jalanan, Mungkin Saya Akan Mati Kelaparan’ – Warga Emas Sanggup Curi Sabun Untuk Masuk Penjara
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.