Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Kami pun tak sangka dapat menang perak’
    Sukan

    ‘Kami pun tak sangka dapat menang perak’

    adminBy admin02/08/2022Updated:02/08/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BIRMINGHAM | “Memang ia mengejutkan kami. Sebab kami sendiri tak jangka sama sekali akan dapat menang pingat perak ini.

    “Kami datang ke sini sebenarnya dengan sasaran menang pingat untuk acara beregu wanita sahaja tapi berjaya mara sehingga ke final (acara berpasukan).

    “Biarpun perak, kami tetap bangga,” kata pemain ping pong kebangsaan, Ho Ying ketika mengulas mengenai kejayaan skuad negara muncul naib juara acara berpasukan wanita selepas tewas kepada Singapura, semalam.

    Dalam aksi final di National Exhibition Center (NEC) itu, skuad Beh Lee Wei terpaksa akur 0-3 kepada skuad negara jiran yang diperkuatkan bekas rakyat China itu.

    Ia adalah pingat keenam kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2022 setakat semalam dan kedua bagi perak selepas atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat muncul naib juara kategori 73 kilogram (kg).

    Bercakap bagi pihak rakan sepasukan, Ho Ying, 27, mengakui mereka tidak kesal kerana gagal membawa pulang emas selepas mengharungi cabaran awal yang sengit sebelum layak ke final.

    “Nak dapatkan pingat ini bukan senang terutama ketika bertemu juara bertahan, India di suku akhir. Kami kena kerja keras setiap hari.

    “Sebelum perlawanan, kami juga sudah tahu akan jumpa Singapura di final. Kami juga tahu mereka diperkuatkan bekas pemain China, dan standard pemain mereka berbeza dengan kami.

    “Sebelum turun, kami berbincang sesama ahli pasukan dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan mata sebanyak mungkin,” katanya.

    Mengenai sasaran skuad ping pong selepas ini, Ho Ying berkata mereka tetap fokus kepada misi asal iaitu menang pingat bagi acara beregu wanita.

    Beliau yang memenangi gangsa bersama Karen Lyne pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, turut percaya pencapaian memenangi perak itu akan mendorongnya melakukan yang lebih baik seterusnya dalam acara individu.

    Ho Ying turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Persatuan Pingpong Malaysia serta keluarga dan rakan-rakan atas sokongan padu mereka selama ini.

    Dalam perlawanan final semalam, beregu Karen Lyne-Ho Ying tunduk kepada Zhou Jingyi-Zeung Min, dalam empat set 7-11, 11-4, 11-6 dan 11-5.

    Selepas itu giliran Alice Chang Li Sian pula akur dengan kehebatan Feng Tianwei apabila tewas 11-9, 11-1 dan 11-7.

    Singapura kemudian memastikan kemenangan menjadi milik mereka sekali gus meraih pingat emas apabila Zeng Jian mengatasi Ho Ying 11-3, 11-4 , 8-11 dan 11-5.

    Ini adalah kali kedua skuad wanita negara memenangi pingat perak pada temasya Sukan Komanwel selepas di Glasgow 2014. SUMBER; BERITA HARIAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAmir Daniel lakar kejutan mara ke suku akhir
    Next Article Two defence volunteers injured in bomb explosion in Pattani
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.