Tokushima | Lebih sedozen obor-obor ‘katsuo no eboshi’ atau ‘Portuguese man-of-war’ yang sangat berbisa, iaitu spesis siphonophore ditemui di pantai Komatsu di Bandar Tokushima, menurut kerajaan wilayah Tokushima.
Walaupun haiwan itu kelihatan cantik dengan badan biru pucat dan lutsinar, sesungut mereka sangat berbisa, kata seorang pegawai kerajaan Tokushima.
Mereka yang disengat oleh siphonophore mengalami kesakitan yang sama dengan kejutan elektrik.
Ketoksikan sesungut tidak hilang walaupun dalam ‘katsuo no eboshi’ yang sudah mati. Pada 31 Julai, kerajaan wilayah dimaklumkan lebih daripada sedozen makhluk itu ditemui di pantai.
Tiada siapa yang cedera.
Namun, kerajaan meminta penduduk supaya tidak menyentuh siphonophores. SUMBER: AGENSI