JAKARTA | Sebuah video memaparkan sekumpulan jemaah haji wanita sedang bergaya sakan dipercayai sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat tular dalam TikTok.
Video yang dikongsikan seorang lelaki itu meraih 2.1 juta tontonan di aplikasi berkenaan.
Kumpulan jemaah haji itu dipercayai berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.
Pemilik video itu dipercayai bertugas sebagai kru kabin yang menguruskan perjalanan kumpulan jemaah berkenaan.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan beberapa jemaah wanita menggayakan pakaian warna-warni, lengkap dengan barang kemas dan cemin mata hitam.
Suasana dalam pesawat bahkan kelihatan cukup meriah seperti pertunjukan fesyen.
Beberapa jemaah wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan dilihat sedang bersolek di tempat duduk masing-masing sambil diperhatikan penumpang lain.
Aksi tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
“Saya orang Bugis, tetapi Alhamdulillah keluarga saya tidak begitu ketika naik haji, pulangnya juga biasa sahaja,” tulis seorang netizen. SUMBER: AGENSI