Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Azhar: Saya selalu bagi laluan YB Tumpat
    Am

    Azhar: Saya selalu bagi laluan YB Tumpat

    adminBy admin04/08/2022Updated:04/08/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Perbahasan Ahli Parlimen Tumpat yang padat dan menepati masa ditetapkan mendapat pujian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

    Sebaik sahaja Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, menamatkan perbahasannya mengenai Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022, Azhar berkata: “Yang Berhormat Tumpat, saya tak tahu lah apa timbalan saya buat, tetapi kalau saya pengerusikan, saya selalu bagi laluan YB Tumpat.

    Pujian itu disambut Che Abdullah dengan ucapan terima kasih.

    Sebelum itu ketika berbahas, Che Abdullah menggesa kerajaan melanjutkan insentif pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi pembelian kenderaan.

    Katanya, harga kereta baharu kembali kepada asal selepas pengecualian itu berakhir pada 30 Jun lalu dengan jangkaan kenaikan harga sehingga 10 peratus bagi model pemasangan tempatan dan sekitar lima peratus bagi model import.

    “Saya difahamkan Proton (Holdings Bhd) menjangka jumlah tempahan akan berkurangan mendadak pada Julai dan seterusnya.

    “Dengan iklim ekonomi yang belum stabil, jika pengecualian ini tidak diteruskan, kita akan menyaksikan jualan kereta nasional dalam negara akan terjejas,” katanya.

    Beliau juga berpandangan Kementerian Kewangan perlu melakukan semakan bagi memastikan sistem SST menutup kelemahan yang menyebabkan masih ada pihak terlepas daripada dikenakan cukai setelah empat tahun beroperasi.

    Katanya, SST perlu menjadi cukai yang lebih progresif dan memberi lebih fokus terhadap kumpulan berpendapatan tinggi.

    “Masalah utama SST adalah liputan yang tidak meluas seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang lebih menyeluruh.

    “Saya yakin keutamaan kerajaan ketika ini adalah aspek hakisan dalam percukaian bagi mengelak pihak tertentu terlepas daripada membayar cukai,” katanya.

    Beliau juga memohon penjelasan sama ada sistem GST lebih baik daripada SST sebagai sistem percukaian seperti yang disebut oleh beberapa pakar ekonomi. – SUMBER: HARAKAHDAILY

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHutang 1MDB: Tengku Zafrul jangan jadi ular lidah bercabang
    Next Article Kes terowong: Saksi mengaku menipu pada sidang media
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.