Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lunak dengan rasuah dan perasuah? Wan Saiful gesa BERSATU-PN pandang serius sikap PM
    Politik

    Lunak dengan rasuah dan perasuah? Wan Saiful gesa BERSATU-PN pandang serius sikap PM

    adminBy admin05/08/2022Updated:05/08/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) digesa memandang serius sikap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang didakwa semakin lunak dengan rasuah dan perasuah.

    Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ini susulan tindakan Ismail Sabri ketika berucap di Konvensyen BN Selangor baru-baru ini, yang secara terbuka mengatakan bahawa beliau melantik Tan Sri Noh Omar sebagai menteri untuk membawa ‘minyak’ kepada jentera UMNO adalah satu perkara yang membimbangkan.

    “Ismail juga secara terbuka berkata bahawa dia tidak boleh cerita semua perkara kerana dalam dewan itu ada pemberita. Apa yang Ismail sembunyikan? Adakah Ismail sembunyikan rasuah?

    “Ismail tidak membantah apabila Zahid Hamidi mengatakan bahawa Menteri Kewangan boleh bawa ‘gula’ kepada UMNO dan Zahid mengajar Zafrul agar ambil apa yang sempat. Ini budaya UMNO yang disahkan oleh Presidennya yang ada puluhan pertuduhan mahkamah.

    “Seolah-olah Ismail redha dan mahu membawa kembali budaya rasuah dan kleptokrasi yang dipelopori oleh UMNO sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

    Ahad lalu, memetik ucapan Ismail Sabri di Konvensyen BN, beliau berkata BN Selangor tidak perlu risau, kerana Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar boleh memberi ‘minyak’ kepada BN Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Kata Ismail Sabri, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor akan dilantik sebagai menteri Kabinet untuk membantu merampas kembali negeri itu daripada PKR.

    Perdana menteri mendedahkan, ketika barisan Jemaah Menteri, beliau ingin melantik Noh sebagai Menteri Undang-undang namun Ahli Parlimen Tanjong Karang itu meminta beliau diberi portfolio yang “dekat” dengan rakyat.

    Dalam pada itu, Wan Saiful berkata PN adalah parti yang memperjuangkan integriti demi membolehkan kemakmuran negara dikongsi oleh semua rakyat.

    “PN bukan parti yang mendokong rasuah dan perasuah,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSingapura batalkan penerbangan ke Taiwan
    Next Article Kerajaan Pulau Pinang digesa henti hasrat sambung batalkan kelayakan 4 ADUN
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.