Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Malaysia berkecuali atas resolusi gantung keahlian Rusia dalam MHAM
    Am

    Malaysia berkecuali atas resolusi gantung keahlian Rusia dalam MHAM

    adminBy admin10/08/2022Updated:10/08/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Malaysia bersama 57 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk berkecuali ke atas resolusi menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) pada 7 April lalu.

    Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pendirian Malaysia itu dinyatakan melalui kenyataan akhbar Kementerian Luar Negeri kelmarin.

    Menurut beliau, Malaysia sentiasa mengisytiharkan pendiriannya bahawa prinsip asas integriti wilayah serta kedaulatan sesebuah negara seharusnya tidak dicabuli oleh mana-mana negara.

    Sebarang pertikaian perlu diselesaikan secara aman demi mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat, katanya.

    “Malaysia sentiasa prihatin dengan perkembangan terkini yang berlaku di kawasan konflik terutama situasi kemanusiaan yang amat membimbangkan.

    “Bagaimanapun, Malaysia juga khuatir sekiranya sebarang keputusan dibuat tanpa mengambilkira proses yang sewajarnya terlebih dahulu, ia akan dijadikan sebagai agenda politik sesetengah pihak yang akan mengeruhkan lagi keadaan dan tidak membantu dalam mencari jalan penyelesaian damai yang berkesan,” katanya dalam jawapan di Dewan Negara di sini hari ini.

    Menurut Kamarudin, sebagai ahli MHAM, Malaysia berpegang kepada prinsipnya yang tidak menyokong pempolitikan isu-isu di majlis tersebut.

    Selain itu, jelas beliau, Malaysia percaya tindakan menggantung keahlian Rusia dalam MHAM adalah tidak konstruktif kerana perkara itu tidak akan memperbaiki keadaan di Ukraine dan hanya mengasingkan negara itu dengan lebih jauh.

    “Usaha untuk mengasing atau menyingkirkan Rusia dari organisasi antarabangsa ini bertentangan dengan prinsip multilateralisme yang menekankan kerjasama dan penglibatan secara inklusif oleh semua pihak,” katanya.

    Beliau menjelaskan, hampir 65 tahun menganggotai pertubuhan itu, Malaysia kekal komited memperjuangkan agenda keamanan sejagat selaras dengan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB.

    “Malaysia percaya semua pihak perlu berpegang kepada prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa sebagai panduan untuk mewujudkan hubungan baik antara negara demi memastikan hidup secara bersama dalam budaya damai.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTaiwan adakan latihan bedilan artileri tangkis serangan China
    Next Article 60 peratus Benua Eropah berdepan kemarau
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.