Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penagih ‘lalok’ selamba hisap dadah dalam tandas polis
    Global

    Penagih ‘lalok’ selamba hisap dadah dalam tandas polis

    adminBy admin11/08/2022Updated:11/08/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BANGKOK | Gara-gara ‘lalok’, seorang penagih dadah di Thailand berani mengambil bahan terlarang itu dalam tandas di sebuah pondok polis, lapor laman berita Thaiger, semalam.

    Dalam kejadian yang berlaku di daerah Tung Kru, Bangkok, seorang sukarelawan khidmat masyarakat merakam perbuatan penagih dadah tersebut yang tidak berasa malu untuk khayal di premis polis.

    “Adakah anda cuba mencabar kuasa polis dengan melakukan perbuatan seperti ini?

    “Polis sudah berulang kali menahan dan membebaskan penagih ini namun tiada jalan penyelesaian lain. Siapa yang tahu apa perlu dibuat untuk individu seperti ini?” demikian menurut keterangan video.

    Penguasa Balai Polis Tung Kru, Ananchai Kamonrat berkata, pondok itu milik Balai Polis Tung Kru serta menambah, tandas tersebut akan ditutup kepada orang ramai mulai sekarang bagi mengelak sebarang senario serupa pada masa hadapan.

    Penagih dadah itu dilaporkan seorang gelandangan yang digelar ‘Sniper’ oleh penduduk setempat.

    Tiada laporan yang menyatakan sama ada penagih dadah itu ditahan atau ditawarkan sebarang bantuan rawatan dadah. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePopulasi Jepun catat penurunan terbesar sejak 2013
    Next Article Wanita dipenjara cuba guna MyKad individu lain naik pesawat
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.