Qinghai, China | Gempa bumi dengan kekuatan 5.6 magnitud melanda Qinghai, China hari ini, lapor European Mediterranean Seismological Centre (EMSC).
Gempa berkenaan berlaku dengan kedalaman 2 kilometer. Sementara itu, AP melaporkan, pada awal pagi ini, gempa bumi bawah laut melanda wilayah Sulawesi Utara namun tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, melaporkan gempa itu dengan kekuatan 5.9 magnitud dan kedalaman 10 kilometer namun menjelaskan bahawa gegaran itu tidak mungkin mencetuskan tsunami. Dalam pada itu, menurut laporan AP, pada tarikh sama tahun lalu, gempa bumi dengan kekuatan 7.2 magnitud melanda Haiti, mengorbankan lebih 2,200 nyawa dan menyebabkan 12,000 individu cedera.
SUMBER: AGENSI