Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Polis akan siasat kematian seorang OKT
    Am

    Polis akan siasat kematian seorang OKT

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali14/08/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Polis akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bachok, semalam.

    Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

    Katanya, jam 8 malam pada 12 Ogos, dimaklumkan oleh pengawal lokap bahawa lelaki itu telah bergaduh dengan seorang lagi OKT dalam sel 1 di lokap Balai Polis Bachok.

    Katanya, pengawal lokap memindahkan suspek ke dalam sel 2 seorang diri.

    “Suspek mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

    “Lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

    Beliau berkata, suspek ditangkap pada 2 Ogos lalu mengikut Seksyen 39B,Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dijangkakan akan dituduh pada hari ini di bawah seksyen itu.

    Menurutnya, suspek sering menimbulkan masalah kepada OKT yang lain dengan membuang air kecil dan besar di dalam sel lokap.

    “Lelaki itu mempunyai lapan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSuami dakwa rakam isteri tuang racun dalam minuman
    Next Article KPM jumpa lebih 20,000 individu, bincang transformasi pendidikan
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.