KUALA NERUS | Sokongan pengundi kepada UMNO-BN semakin berkurangan terutama selepas beberapa isu yang terpalit kepada pimpinan UMNO, termasuk isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata jika pimpinan UMNO negeri berpandangan partinya masih kuat, mengapa tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kalah pada PRU lalu.
“Jika betul pandangan pimpinan parti itu yang mendakwa partinya masih kuat, mengapa hanya satu sahaja kerusi DUN yang dimenangi parti itu,” katanya mengulas mengenai kekuatan BN di Hulu Terengganu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program perjumpaan tertutup Penerangan BERSATU Malaysia, malam tadi.
Turut hadir, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.