Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jabatan Perikanan pantau ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
    Am

    Jabatan Perikanan pantau ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor

    adminBy admin16/08/2022Updated:16/08/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH | Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

    Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Noraishah Hashim berkata pihaknya menerima maklumat bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira 7.30 hingga 8 malam Sabtu.

    “Insiden yang sama berlaku pada Jumaat… didapati anak ikan tamban juga naik dan terdampar di pantai tersebut dalam kuantiti yang kecil,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata fenomena itu menyebabkan penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan mengutip ikan bilis yang terdampar serta sudah kering di tepi pantai antara 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

    Katanya dianggarkan lebih dua kilogram ikan bilis dikutip di kawasan sepanjang 500 meter di pantai Pasir Bogak.

    Noraishah juga berkata siasatan pihaknya mendapati insiden ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai hanya berlaku di Pasir Bogak sahaja.

    “Maklumat daripada nelayan yang menangkap ikan di kawasan sekitar memaklumkan kemungkinan ikan besar terutama ikan alu-alu yang mengejar dan memakan ikan bilis menyebabkan ikan bilis melompat ke pantai.

    “Ada maklumat juga memaklumkan kemungkinan lambakan ikan bilis di kawasan pantai Pasir Bogak disebabkan cahaya lampu di kawasan tersebut,” katanya.

    Beliau berkata bagaimanapun, mengikut kajian saintifik terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis naik ke pantai iaitu antaranya perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga serta plankton selain arus dan gelombang yang tinggi.

    Noraishah berkata maklumat daripada pengusaha dan nelayan vesel ikan bilis mendapati hasil tangkapan meningkat beberapa hari sebelum fenomena itu berlaku.

    Katanya pihak Jabatan Perikanan berpandangan dasar Pengezonan Semula Kawasan Penangkapan Ikan Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 2016 yang mewujudkan Zon Konservasi iaitu kawasan pembiakan ikan dari pantai hingga 1.0 batu nautika dengan melarang sebarang aktiviti menangkap ikan telah menampakkan kejayaan dengan penambahan ikan bilis.

    Hari ini, tular di media sosial beberapa gambar dan video menunjukkan ribuan ikan bilis yang melompat ke darat dan terdampar di tepi pantai. – SUMBER: BERNAMA

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLelaki cabut batu nisan di perkuburan Islam ditahan
    Next Article TG Abdul Hadi terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Iran
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.