NEW YORK | Model berbakat besar, Bella Hadid sanggup kehilangan pekerjaan dalam dunia glamor demi meneruskan advokasinya terhadap Palestin.
Bella, 25, yang bekerja dengan pelbagai jenama dalam dunia peragaan di seluruh dunia menjelaskan, dia menyedari dirinya ‘bukan berada di bumi ini untuk menjadi model’.
“Banyak syarikat yang berhenti bekerjasama dengan saya. Saya dikelilingi kawan yang benar-benar mahu menjatuhkan saya,” katanya.
Walaupun Bella melahirkan ‘kebimbangan’ dengan memilih ‘perkara yang betul’, dia yakin dan percaya untuk berpegang teguh dengan pendiriannya.
“Saya cukup mengenali ahli keluarga, saya cukup tahu sejarah saya sendiri dan itu sudah mencukupi,” katanya menerusi wawancara di podcast.
Jun lalu, pemilik nama lengkap, Isabella Khairiah Hadid memuat naik hantaran dalam Instagram mengenai isu Palestin.
“Setiap hari, saya berharap dapat kembali ke masa lalu, ketika saya masih kecil supaya dapat berjuang untuk Palestin lebih awal.
“Untuk keluarga, ibu bapa saya, sejarah kita dan rakyat Palestin yang masih hidup,” katanya.
Bella kerap menjadi wajah muka depan majalah terkemuka dunia dan model antarabangsa di atas pentas runway. SUMBER: AGENSI