TOKYO | Jepun sedang mempertimbang menempatkan 1,000 peluru berpandu jarak jauhnya dalam usaha meningkatkan keupayaan serangan balasnya terhadap China, lapor akhbar Yomiuri hari ini.
Menurut akhbar itu yang memetik sumber kerajaan, peluru berpandu berkenaan akan menjadi senjata sedia ada yang diubah suai untuk meningkatkan capaian jaraknya dari 100 kilometer (km) hingga 1,000km.
Katanya, senjata yang dilancarkan menerusi kapal atau pesawat itu akan ditempatkan terutama di sekitar Pulau Nansei selatan serta mampu bergerak sehingga ke kawasan pantai Korea Utara dan China.
Wakil dari kementerian luar Jepun tidak memberi sebarang reaksi ketika diminta mengulas mengenai laporan itu. Jepun, yang menetapkan di bawah perlembagaan pasca perangnya untuk menolak perang mungkin menggunakan tenteranya hanya untuk mempertahankan diri, namun kini mula meningkatkan perbelanjaan ketenteraannya dan mengambil strategi lebih tegas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka sudah mengelak daripada menggunakan peluru berpandu jarak jauh, namun sasaran serangan senjata itu dihadkan di tanah asing.
Ketegangan serantau meningkat bulan ini susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan, wilayah dalam tuntutan China.
Beijing melancarkan peluru berpandunya berhampiran Taiwan serta zon ekonomi eksklusif Jepun. – SUMBER: REUTERS