KUALA LUMPUR | Menara A YOO8 yang diselia oleh Kempinski (YOO8) Branded Residence di 8 Conlay, Kuala Lumpur, sudah 60.31 peratus siap dengan kerja struktur siap 100 peratus dan kerja seni bina 85 peratus setakat 3 Ogos 2022.
KSK Land dalam satu kenyataan berkata, ia menjangkakan Menara A YOO8 siap sepenuhnya menjelang awal 2023 dan seterusnya Menara B YOO8 pada akhir tahun.
Ini seterusnya diikuti penyiapan podium runcit yang dijangkakan selesai dalam separuh pertama 2023 manakala 8 Conlay Kempinski Hotel dijangka siap dalam separuh pertama 2024.
“KSK Land mendahului dengan ketelusan dalam kemajuan pembinaan menerusi penyelesaian berasaskan data dan teknologi hartanah canggih. 8 Conlay App unik KSK Land memperincikan kemajuan pembinaan sehingga aras unit, ciri-ciri yang pertama seumpamanya. Maklumat ini juga boleh didapatkan di discover.8conlay.com. “Pemegang saham KSK Land terus komited kepada 8 Conlay. Kemajuan kukuh pembinaan YOO8 Branded Residences dan 8 Conlay App memberi rangsangan kepada pemegang saham KSK Land dan meningkatkan keyakinan pembeli 8 Conlay, ” kata syarikat itu.
Unit pameran bagi Menara B YOO8 yang direka oleh Kelly Hoppen bagi YOO boleh dilihat di 8Conlay Sales Gallery yang terletak di Bangunan KSK, Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur. – SUMBER: Bernama