IPOH | Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyertai program Walkabout Gerbang Malam PN Perak sempena Ulang Tahun ke-2, malam tadi.
Program yang berlangsung di Gerbang Malam, Ipoh berlangsung dengan meriah dengan aktiviti mengedarkan bendera Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.
“Alhamdulillah, program semalam di Gerbang Malam, Ipoh berlangsung dengan meriah.
“Saya dan rakan-rakan PN yang lain turut mengedarkan bendera Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan,” katanya.
Hadir sama, Naib Pengerusi 1 PN Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama menghayati bulan kemerdekaan dengan semangat patriotik dalam jiwa.
“Semoga semangat patriotik terus utuh dalam jiwa setiap anak Malaysia.
“Ayuh! Kita kibarkan Jalur Gemilang,” katanya.