ISTANBUL | Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dalam dua kemalangan ngeri berasingan di tenggara Turkiye pada Sabtu (21 Ogos) waktu tempatan.
Dalam nahas pertama, di lebuh raya antara Gaziantep dan Nizip, sebuah kenderaan merempuh kumpulan individu termasuk pasukan kecemasan yang berada di lokasi kemalangan terdahulu yang berlaku, juga di situ, lapor Al Jazeera. Menurut The Straits Times, pendakwa raya sedang menyiasat kemalangan maut kedua itu beberapa jam lebih awal daripada insiden kemalangan ngeri yang pertama itu.
Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca menulis di Twitter bahawa kemalangan di Derik dalam wilayah Mardin itu berlaku selepas sebuah trak mengalami kerosakan pada breknya lalu merempuh orang ramai.
Media Turkiye berkongsi rakaman seorang pemandu hilang kawalan terhadap trak yang dipandunya, yang kemudian meluru ke arah kenderaan berhampiran dan pejalan kaki ketika kesemua mangsa cuba menyelamatkan diri masing-masing.
Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag mengumumkan di Twitter bahawa pihak pendakwa telah membuka dua siasatan ke atas dua kemalangan ngeri berkenaan.
“Semua sumber telah digerakkan bagi melakukan siasatan,” tulisnya di Twitter sambil mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dalam dua nahas itu.
Turki mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang lemah. Kira-kira 5,362 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya tahun lepas, menurut kerajaan. SUMBER: AGENSI
Kemalangan ngeri itu berlaku apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan kenderaan pasukan kecemasan yang berada di lokasi nahas kemalangan terdahulu, yang juga membabitkan sebuah bas, di lokasi yang sama.
Dalam kejadian itu, 16 orang termasuk lima pekerja kecemasan dan dua wartawan maut apabila sebuah sebuah bas merempuh sebuah ambulans, sebuah trak bomba dan sebuah kenderaan yang membawa wartawan ke lokasi nahas bas pertama itu, lapor Reuters pula.
“Ketika pasukan bomba, perubatan dan pekerja kecemasan lain bertindakbalas terhadap kemalangan membabitkan bas pertama itu, sebuah bas lain tiba-tiba terbabas dan merempuh kesemua mangsa di lokasi kejadian di lebuh raya antara Gaziantep dan Nizip,” kata Gabenor wilayah tenggara Gazientep, Davut Gul.
Sementara dalam Twitternya, Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata, tiga anggota bomba, dua paramedik dan dua wartawan adalah antara 16 yang terbunuh dalam nahas di lebuh raya antara Gaziantep dan Nizip berkenaan.
“Lapan kematian membabitkan penumpang di dalam bas kedua berkenaan,” tambah tweet Soylu.
Sementara Gul pula mengesahkan, dua puluh orang lagi cedera dalam kejadian tersebut.
“Kira-kira jam 10.45 pagi ini (Sabtu waktu Turkiye), sebuah bas penumpang terbabit dalam satu kemalangan di sini,” kata Gul, bercakap dari tempat kejadian di jalan timur Gaziantep.
“Ketika pasukan bomba, perubatan dan kecemasan lain bertindak balas terhadap kemalangan bas pertama berkenaan, bas yang kedua tiba-tiba terbabas kira-kira 200 meter di belakang lokasi kejadian nahas bas pertama tersebut.
“Bas kedua itu lalu merempuh lokasi kejadian kemalangan yang membabitkan bas pertama, dan melanggar kesemua mangsa termasuk pasukan kecemasan dan wartawan serta mangsa yang cedera di lokasi kejadian kemalangan bas pertama itu,” tambah Gul.
Agensi berita Turki Ilhas pula berkata, dua wartawannya terbunuh selepas berhenti untuk membantu mangsa kemalangan bas pertama yang turut membabitkan sebuah kereta yang keluar dari lebuh raya dan terbabas ke bawah sebuah tambak.
Rakaman televisyen menunjukkan sebuah ambulans mengalami kerosakan teruk manakala bas kedua itu berada di sisinya di tepi lebuh raya berkenaan.
Sementara itu, kemalangan ngeri kedua pula berlaku di tenggara wilayah Mardin, barat Derik membabitkan sebuah trak menyebabkan sekurang-kurangnya 19 terbunuh dan 30 lagi cedera.