MOSCOW | Kira-kira 10,000 penerbangan dalam tempoh enam bulan akan datang dibatalkan oleh pengendali syarikat penerbangan, British Airways.
Keputusan pembatalan sehingga 29 Okotber depan itu dibuat susulan isu had kapasiti penumpang di Lapangan Terbang Heathrow.
Jurucakap syarikat itu menjelaskan pembatalan penerbangan melibat 600 perjalanan pergi dan balik, serta pelanggan yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau ditawarkan penerbangan alternatif.
Minggu lalu, Lapangan Terbang Heathrow London meningkatkan jumlah penerbangan sehingga 29 Oktober depan bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pelanggan melakukan perjalanan.
Had maksimum penumpang harian yang berlepas dari lapangan terbang itu adalah 10,000 orang yang diperkenalkan Julai lalu.
Pengumuman itu dibuat bagi meningkatkan keyakinan penumpang selepas beberapa insiden mogok oleh pekerja sehingga menjejaskan syarikat penerbangan tersebut.
“Kami perlu membuat beberapa pembatalan sehingga akhir Oktober depan, walaupun sebahagian besar pelanggan kami akan menikmati perjalanan seperti dirancang,” kata jurucakap British Airways.-SUMBER: AGENSI