KYIV | Ketua Angkatan Tentera Ukraine mengakui kira-kira 9,000 tentera negara itu terkorban dalam pencerobohan Russia ke atas Kyiv, sejak enam bulan lalu.
Jeneral Valeriy Zaluzhny memaklumkan perkara itu berhubung angka korban direkodkan ketika operasi ketenteraan Russia di negara itu bermula.
Lapor Al Jazeera, Zaluzhny berkata, ramai kanak-kanak Ukraine kini memerlukan penjagaan selepas bapa mereka yang juga tentera mungkin merupakan antara 9,000 wira yang terkorban.
Jumlah tentera Ukraine yang maut berbeza dengan anggaran yang dikemukakan oleh Russia.
Pada Mac lalu, Russia mendakwa seramai 1,351 tentera Moscow terbunuh sepanjang bulan pertama pertempuran.
Dua minggu lalu, pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) menganggarkan Rusia kehilangan antara 70,000 hingga 80,000 askar yang mana maut dan cedera ketika operasi ketenteraan.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan seramai 5,587 orang awam terbunuh dan 7,890 lagi cedera semasa insiden pencerobohan Russia di Ukraine. SUMBER: AGENSI