Putrajaya | Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.
“Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat.
“Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan,” katanya dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah. SUMBER: HARIAN METRO