KUALA LUMPUR | Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tempoh setahun beliau menjadi menteri amat bermakna untuknya.
Beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerja keras seluruh keluarga besar Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Alhamdulillah. Tempoh setahun yang amat bermakna. Terima kasih di atas sokongan serta kerja keras seluruh keluarga besar @KBSMalaysia,” katanya di Facebooknya.
Dalam pada itu, Faizal berharap semua pihak dalam KBS dapat memberikan perkhidmatan cemerlang demi kemajuan sukan.
“Marilah kita terus sama-sama memberikan perkhidmatan cemerlang demi kemajuan sukan dan belia. InshaAllah,” katanya.