Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengumumkan Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan, E Elavarasan sebagai Ketua Jurulatih Bawah 23 (B-23) Kebangsaan yang baharu sebagai persediaan pasukan menghadapi beberapa kejohanan utama, tahun depan.
Ini termasuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja (Mei 2023), Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China (September 2023) serta Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang juga Kelayakan Olimpik 2024.
Advertisement
FAM turut memperkenalkan barisan kejurulatihan Skuad B-23 Kebangsaan, iaitu Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai Penolong Ketua Jurulatih; Jihyeon Park dari Korea Selatan sebagai Jurulatih Kecergasan; Lee Jeyoon juga dari Korea Selatan sebagai Jurulatih Analisis Prestasi serta Kris Yong daripada barisan kejurulatihan sebelum ini yang dikekalkan sebagai Jurulatih Penjaga Gol.
Sidang media yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini, turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S Sivasundaram; Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Ayub; Setiausaha Agung FAM yang baharu, Noor Azman Haji Rahman; Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell serta EXCO FAM, Christopher Raj sebagai moderator sidang media.
Walaupun dilantik sebagai Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan, Elavarasan, 60, kekal sebagai Penolong Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon, untuk menjadi penghubung kepada kedua-dua pasukan berkenaan.
Jawatan Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan kosong selepas FAM pada 13 Julai lalu melepaskan pengendali dari Australia, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak. – FAM
KETUA JURULATIH PASUKAN B-23 KEBANGSAAN
Nama Penuh: Elavarasan A/L Elangowan
Umur: 60 tahun
Tarikh Lahir: 5 Januari 1962
Tempat Lahir: Selangor
Kelayakan Kejurulatihan: Lesen Pro AFC (2018)
Karier Kejurulatihan:
2020-2022: Sarawak United
2019: PDRM
2018: Melaka United
2015-2017: PKNS FC
2013: Terengganu
2009-2012: Felda United FC
2006: Melaka
2001-2005: Selangor Public Bank
1999: Selangor (Piala Bardhan)
1994-2000: Public Bank FC (Liga Dunhill Selangor)
Kejayaan:
1997, 1998 & 2000: Juara Liga Dunhill Selangor (Public Bank FC)
1999: Juara Piala Bardhan (Selangor)
2003: Juara Liga Premier 2 & layak ke Liga Super 2004 (Selangor Public Bank)
2004: Naib Juara Liga Super (Selangor Public Bank)
2006: Naib Juara Liga Premier & layak ke Liga Super 2007 (Melaka)
2010: Juara Liga Premier & layak ke Liga Super 2011 (Felda United FC)
2016: Naib Juara Liga Premier & & layak ke Liga Super 2017 (PKNS FC)
2016: Naib Juara Piala FA (PKNS FC)
2019: Tempat Ketiga Liga Premier & layak ke Liga Super 2020 (PDRM)
2021: Naib Juara Liga Premier & layak ke Liga Super 2022 (Sarawak United)
PENOLONG KETUA JURULATIH PASUKAN B-23 KEBANGSAAN
Nama Penuh: Juan Torres Garrido
Umur: 42 tahun
Tarikh Lahir: 19 Januari 1980
Tempat Lahir: Sepanyol
Kelayakan Kejurulatihan: Lesen A UEFA (2016)
Jawatan Terdahulu:
2021-2022: Granada CF (Head of Professional Youth Football (U23) )
2016-2017 & 2019-2020: FC Barcelona (Ketua Pencari Bakat – Catalunya Area)
2010-2016: CF Damm (Pengarah teknikal, pencari bakat, analisis dan penolong jurulatih B-18)
JURULATIH PENJAGA GOL PASUKAN B-23 KEBANGSAAN
Nama Penuh: Kris Yong Wai Hwang
Umur: 54 tahun
Tarikh Lahir: 16 Februari 1968
Tempat Lahir: Melaka
Kelayakan Kejurulatihan: Instruktur Penjaga Gol Elit AFC (2008)
Jawatan Terdahulu:
1998-2006: Melaka (Jurulatih Penjaga Gol)
2004-2005: Public Bank (Jurulatih Penjaga Gol)
2007-2022: Malaysia B-19, B-21 & B-23 (Jurulatih Penjaga Gol)
2016-2017: Malaysia (Jurulatih Penjaga Gol)
JURULATIH KECERGASAN PASUKAN B-23 KEBANGSAAN
Nama Penuh: Jihyeon Park
Umur: 34 tahun
Tarikh Lahir: 27 April 1988
Tempat Lahir: Republik Korea
Kelayakan Kejurulatihan: Lesen B AFC (2019) & Kecergasan Tahap 1 AFC (2021)
Jawatan Terdahulu:
2020-2022: Seoul Eland FC (Jurulatih Kecergasan & Ketua Sains Sukan)
2019-2020: Suwon Samsung (Jurulatih Kecergasan)
2018-2019: Persatuan Bolasepak Korea (Penolong Jurulatih Kecergasan Pasukan Kebangsaan & Jurulatih Kecergasan Pasukan B-23 kebangsaan)
2016-2019: Persatuan Bolasepak Korea (Jurulatih Kecergasan Pasukan B-20 kebangsaan)
JURULATIH ANALISIS PRESTASI PASUKAN B-23 KEBANGSAAN
Nama Penuh: Lee Jeyoon
Umur: 28 tahun
Tarikh Lahir: 8 September 1994
Tempat Lahir: Republik Korea
Kelayakan Kejurulatihan: Lesen B AFC (2020) & Analisis Prestasi Tahap 1 KFA (2022)
Jawatan Terdahulu:
2020-2022: Incheon-si Michuhol-gu FC B-15 (Ketua Jurulatih)
2018-2020: Gimpo-si Tongjin High School B-18 (Jurulatih)
2016-2018: Seoul-si Gusan Middle School B-15 (Jurulatih)