SIK | Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menjadikan Alim, Haraki, Sufi (AKIFI) sebagai sasaran utama dalam membentuk sahsiah ahli-ahlinya.
Ketua DMPM, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bekata, Lajnah Tarbiah dan Perkaderan DMPM berperanan memperkenalkan manual tarbiah bagi memperkasakan pengurusan tarbiah dan memberi lonjakan kepada kesatuan gerak kerja Tarbiah Muslimat.
“Tadbir urus yang berkesan dalam organisasi tarbiah dapat membangunkan pangkalan data ahli usrah Muslimat, seterusnya dapat mengenal pasti kualiti mereka.
“Mereka juga dapat diposisikan sesuai dengan kebolehan masing-masing serta diberikan penghargaan yang sesuai dengan komitmen,” katanya dalam Ucaptama Ketua DMPM sempena Muktamar DMPM kali ke-62 di Dewan Al-Hana, Sik, Kedah, hari ini.
Menurut beliau lagi, ia juga dapat mengelakkan berlakunya ketandusan sumber manusia dan pelbagai anasir yang tidak dikehendaki.
“Kini, tidak ada lagi alasan untuk para naqibat dan ahli bersama dengan agenda tarbiah menerusi pelbagai teknologi yang ada kini,” ujarnya lagi.