KUALA LUMPUR | Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi tadi.
Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.
Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan, selepas disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lalu. – SUMBER: BERNAMA