KUALA LUMPUR | Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan perkara itu ketika ditemui Bernama di luar dewan yang menjadi lokasi Bengkel Tertutup MUDA sempena Persidangan Pilihan Raya MUDA. esok.
Syed Saddiq turut menjelaskan pada persidangan itu nanti, MUDA akan melantik dan mengumumkan Pengarah Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pilihan Raya sebagai persiapan menghadapi PRU-15.
Beliau berkata, parti itu juga mahu lebih ramai wanita berada di barisan hadapan dalam proses penentuan calon menggerakkan jentera pilihan raya. Terdahulu, media melaporkan isu penyertaan MUDA ke dalam PH, tidak berbangkit buat masa ini walaupun kepimpinan parti baharu itu kerap menyertai program anjuran PH.
Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipetik berkata isu penyertaan MUDA ke dalam PH tidak pernah disentuh dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, setakat ini. – SUMBER: BERNAMA