Anak perempuan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu Yana atau nama penuh Nooryana Najwa mengesahkan bahawa bapanya mengalami sakit perut semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Yana menerusi perkongsian InstaStory di akaunnya memaklumkan bahawa bapanya sememangnya kerap mengalami sakit perut malah mudah terdedah kepada ulser perut yang difahamkan berpunca dari stress dan juga gastrik.
Kali terakhir Daddy kena ulser pun tahun lepas sampai pengsan sebab ada pendarahan dalaman dan terpaksa ditahan hospital selama seminggu.
‘Daddy susah nak mengadu’ Tambahnya lagi, Najib merupakan seorang yang sukar untuk mengadu jika mengalami kesakitan kerana tidak mahu untuk menyusahkan orang lain dan meminta jasa baik pihak penjara serta hospital untuk menjaga bapanya dengan baik.
Kami sangat berharap Daddy dapat rawatan yang sepatutnya dan juga menjalani pemeriksaan yang kerap.
Sebelum ini dilaporkan Datuk Seri Najib Abdul Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur petang 4 September (HKL) selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu.
Sumber: yananajib dan OHBULAN!