Fakta mengenai Graham Potter, yang dilantik sebagai pengurus kelab Liga Perdana, Chelsea.
Dilahirkan: 20 Mei 1975 di Solihull, England
PENGALAMAN BERMAIN
Memulakan kerjayanya sebagai bek kiri di divisyen dua, Birmingham City pada 1992 sebelum menghabiskan semusim secara pinjaman di Wycombe Wanderers.
Bermain untuk Stoke City sebelum berpindah ke Liga Perdana bersama Southampton, menganggotai pasukan yang mencatatkan kemenangan terkenal 6-3 ke atas Manchester United pada musim 1996-97.
Mendapat satu cap untuk England di peringkat Bawah-21.
Pernah mewakili West Bromwich Albion, York City dan Boston United sebelum menamatkan kerjayanya di Liga Dua, Macclesfield Town pada 2005.
KERJAYA KEJURULATIHAN
Bekerja sebagai pengarah teknikal untuk pasukan wanita Ghana di Piala Dunia 2007 dan menjadi penolong jurulatih untuk Universiti Metropolitan Leeds.
Dinamakan pengurus kelab divisyen empat Sweden, Ostersund pada 2010.
Mengetuai Ostersund ke divisyen lebih tinggi berturut-turut sebelum membimbing pasukan ke divisyen utama Sweden pada 2015-16. Kelab itu menduduki tempat kelapan dalam musim sulung di divisyen itu.
Memenangi Piala Sweden pada 2017 dan membawa Ostersund ke peringkat kumpulan Liga Europa.
Dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Swansea City menjelang musim 2018-19 dengan kelab menduduki tempat ke-10.
Mengambil alih Brighton & Hove Albion pada Mei 2019 dan membawa kelab itu ke tangga ke-15 dan ke-16 dalam dua musim pertamanya.
Brighton menamatkan kedudukan musim lalu di tempat ke-9, pencapaian tertinggi mereka di liga.
Menyertai Chelsea dengan kontrak lima tahun sebagai pengganti Thomas Tuchel.
GAYA KEJURULATIHAN
Terkenal dengan gaya bola sepak licik dan berasaskan penguasaan.
Menggalakkan pemain dan kakitangan menggunakan tarian dan muzik sebagai bentuk ekspresi diri. Dia meminta skuad Ostersundnya mempamerkan persembahan balet Swan Lake untuk masyarakat tempatan. SUMBER: AGENSI