KUALA LUMPUR | Impian penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias untuk membuat penampilan sulung di pentas final Piala FA akhirnya tercapai selepas dia disenaraikan dalam kesebelasan utama berdepan Terengganu FC (TFC), malam ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Selatan terus mempertaruhkan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva untuk menggempur kubu skuad TFC.
Forestieri adalah penjaring terbanyak Piala FA setakat ini apabila meledak enam gol manakala Bergson pula mengumpul dua gol.
Pengendali JDT, Hector Bidoglio turut mempertaruhkan Natxo Insa di bahagian tengah bersama Leandro Velazquez dan Afiq Fazail. Sementara itu, di bahagian pertahanan pula Bidoglio menyenaraikan Shane Lowry, Shahrul Saad, La’Vere Corbin-Ong dan Matthews Davies. TFC pula mempertaruhkan Tchetche Kipre dan Faisal Halim sebagai senjata untuk merobohkan benteng Harimau Selatan.
Pengendali TFC, Nafuzi Zain menurunkan penjaga gol yang mengalami kecederaan sebelum ini, Rahadiazli Rahalim.
Dibahagian pertahanan pula, pengendali berusia 43 tahun itu menurunkan Shahrul Nizam Ros Hasni, Azam Azmi Murad, Pape Diakite dan Alif Zakaria.
Sementara itu, bahagian tengah TFC akan dikemudi Habib Haroon, Manuel Ott, Petrus Shitembi dan Faiz Nasir. Berikut adalah senarai pemain kesebelasan utama TFC dan JDT:
TFC
Rahadiazli Rahalim (PG), Shahrul Nizam, Pape Diakite, Azam Azmi Murad, Alif Zakaria, Manuel Ott, Petrus Shitembi, Habib Haroon, Faiz Nasir, Faisal Halim, Tchetche Kipre
JDT
Farizal Marlias (PG), Matthew Davies, Shahrul Saad, Shane Lowry, La’Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Arif Aiman Hanapi, Afiq Fazail, Leandro Velazquez, Fernando Forestieri, Bergson Da Silva
sumber: BERITA HARIAN.