Sebuah restoran makanan Jepun di bandar Ota di wilayah Gunma menjadi tular selepas menjual mi yang tertera ayat suci Buddha di atasnya.
Restoran itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak selepas memperkenalkan menu tersebut yang digelar sebagai ‘mi suci’.
Namun, menu tu hanya dijual sebagai cenderamata kepada pengunjung dan mereka perlu memasaknya sendiri di rumah untuk menikmati makanan tersebut.
Mi itu dipotong dalam bentuk segi empat sama dan terdapat kaligrafi kitab Buddha dicetak atas permukaannya menggunakan dakwat yang boleh dimakan.
Kaligrafi itu tetap ada biarpun sudah dimasak, menjadikan orang ramai boleh membacanya sambil menikmati hidangan.
Kaligrafi itu sering diberikan oleh golongan sami kepada pengunjung di tokong menggunakan kertas dan restoran tersebut mendapat idea untuk menyediakannya dalam bentuk mi.
Kaligrafi itu sering dibacakan oleh sami dalam majlis pengebumian atau ketika bertapa.
Setiap bungkus mi suci itu mengandungi 260 patah perkataan kitab Buddha dan dakwat buluh digunakan untuk mencetak kaligrafi berkenaan.
Mi itu dijual pada harga AS$12 (RM54) bagi tiga bungkus. SUMBER: AGENSI