Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat, memandangkan masih banyak perlu dilakukan untuk membantu rakyat dan menstabilkan ekonomi negara.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohd Shukor Mustaffa berkata selain itu, keadaan cuaca yang diramal hujan dan dijangka beberapa negeri terkesan akibat banjir dalam beberapa bulan akan datang akan menambahkan kesan kepada rakyat sekiranya pilihan raya akan terus dilaksana.
“Rakyat semakin risau akan sekiranya PRU15 diadakan sekarang, kita tidak dapat satu keputusan yang boleh menstabilkan pentadbiran negara pada masa akan datang.
“Kerajaan patut buat persiapan awal dan rangka strategi bantu rakyat sekiranya terkesan akibat musibah banjir. Itu yang perlu diutamakan daripada fikir soal nak pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir menyaksikan Pelancaran NGO Perintis Malaysia di Restoran Tiga Batu di sini, pada Ahad.