BOSTON | Seorang pekerja Universiti Northeastern Boston berusia 45 tahun cedera apabila bungkusan yang dihantar ke pusat pengajian itu meletup semasa dia sedang mengendalikannya.
Menurut kenyataan pihak polis Boston, kejadian yang berlaku pada hari ini (Selasa, 13 Sept) waktu tempatan, bungkusan kedua yang diperiksa didapati dan selamat, namun tidak mendedahkan bagaimana bungkusan itu dihantar ke kampus berkenaan, lapor Reuters.
“Seorang mangsa yang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan di tangannya,” ujar wakil polis Boston, Superintendan Felipe Colon dalam sidang akhbar.
“Bungkusan kedua yang diperiksa didapati selamat oleh skuad pengebom kami. Saya akan memberitahu anda bahawa tempat kejadian adalah selamat kerana siasatan sedang dijalankan,” jelasnya.
Tambah Colon, penyiasatan di lokasi kejadian membabitkan skuad bom polis, Jabatan Bomba Boston dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Boston.
“Kelas petang dibatalkan di enam bangunan universiti tersebut,” ujarnya lagi. Pihak polis di kampus lain di kawasan Boston termasuk Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts dalam pada itu menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan meminta mereka melaporkan jika menerima sebarang pakej bungkusan yang mencurigakan.
“Saya mengambil serius bahawa bandar ini adalah rumah kepada semua orang muda…kami ingin memastikan untuk menekankan bahawa ini adalah keutamaan, keselamatan dan kesejahteraan semua orang muda kami di sini,” kata Datuk Bandar Boston, Michelle Wu.
Dalam pada itu, Peguam Daerah Suffolk, Kevin Hayden dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau keadaan di lokasi kejadian bersedia untuk bekerjasama dengan pihak universiti dan pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang pendakwaan yang mungkin berlaku. Boston pernah digegarkan oleh insiden pengeboman Boston Marathon pada tahun 2013, apabila tiga orang terbunuh dan lebih 260 yang lain cedera akibat sepasang bom buatan sendiri meletup pada acara perlumbaan larian tahunan itu.
Pada 2015, juri mensabitkan Dzhokhar Tsarnaev dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana membantu melakukan serangan bersama abangnya Tamerlan, yang meninggal dunia beberapa hari selepas pengeboman dalam pertempuran dengan polis, beberapa selepas kejadian itu. – SUMBER: AGENSI