BALIK PULAU | Sempena Hari Malaysia, keringat bekas anggota ATM dan pasukan keselamatan yang mencurahkan bakti dan jasa kepada negara turut diiktiraf.
Terbaharu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pengedaran Makanan Pulau Pinang Kamarulzaman Abdullah berkata penghargaan ini bagi meraikan bekas anggota ATM, polis dan individu yang banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk negara.
“Program pada hari ini sebenarnya fokus ialah kita ingin memberi sumbangan kepada golongan yang berjasa dan berbakti kepada negara, iaitu parajurit, bekas polis, wataniah dan sebagainya yang mana mereka perlu diiktiraf,” katanya.
Hampir 50 anggota serta ibu tunggal dan wakil beberapa persatuan kebajikan diraikan di Titi Teras di sini dalam program Karnival Sambutan Hari Malaysia anjuran persatuan itu dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang.
Karnival itu dirasmikan Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau Zolkifly Md Lazim.