Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama tiga hari, atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata baginda bertitah sebagai tanda menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan istana dan negeri ini.
“Dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, baginda menitahkan bendera negeri ini dikibarkan separuh tiang selama tiga hari,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, menjunjung titah itu, bendera negeri hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula esok sehingga selesai istiadat permakaman Ratu Elizabeth pada hari Isnin depan. SUMBER: BERITA HARIAN