BERSATU di Sabah dan Sarawak telah menganjurkan program kibar Jalur Gemilang ke seluruh Borneo bagi menyenaraikan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Bahagian BERSATU Bintulu, Duke Janteng berkata sebanyak 34 pasukan kelab pacuan 4 roda 4×4 di seluruh Borneo dilepaskan, pada Jumaat.
Katanya, program itu bertujuan untuk memaklumkan kepada seluruh warga Sarawak dan Sabah bahawa tarikh 16 September bagi mengingati serta menghargai perjuangan pemimpin dahulu tentang pembentukan Malaysia serta terlepasnya Wilayah Sarawak dan Sabah dari penjajah.
“Tanpa semangat yang kental serta kesepakatan yang ditunjukkan oleh semua kaum tidak kira di mana berada samada di bandar, di kampung serta semua kaum maka Kemerdekaan untuk Sarawak dan Sabah tidak akan dicapai,” katanya kepada Penerangan BERSATU hari ini.
Dalam pada itu, Duke berkata bagi memaklumkan semangat sebegini harus dikekal untuk warganegara termasuk Sarawak dan Sabah.
Katanya, program ini akan bergerak ke kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah untuk semua kaum terlibat dengan semangat perpaduan yang tinggi sempena menyambut Hari Malaysia.