Pendekatan pelbagai program yang dianjurkan BERSATU Balik Pulau, mendapat perhatian golongan muda.
Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau Zolkifly Md Lazim berkata usaha ini dapat dilihat apabila mereka menyerahkan borang pendaftaran keahlian selepas Persidangan Tahunan Cawangan 2022, pagi tadi.
“Keahlian BERSATU Bahagian Balik Pulau terus bertambah dengan menarik minat beberapa orang baru untuk menyertai.
“Kini parti BERSATU menerima banyak maklum balas positif terutama golongan muda untuk menyertai parti itu,” katanya.
Terdahulu, Zolkifly menerima borang pendaftaran keahlian BERSATU yang disampaikan sendiri oleh anak muda, Razak Fadzil, termasuk menyerahkan borang keahlian isterinya.
Selain itu, Srikandi Cawangan BERSATU Sg Burung Puan Salhah dengan disaksikan Ketua Cawangan BERSATU Sg Burung, Mat Razi juga turut menyerahkan beberapa borang keahlian baru.