Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Selepas 17 Tahun Hidup Sendiri, Allah Kabul Doa Nak Peneman’ – Mas Idayu
    Seni Hiburan

    ‘Selepas 17 Tahun Hidup Sendiri, Allah Kabul Doa Nak Peneman’ – Mas Idayu

    adminBy admin18/09/2022Updated:18/09/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Penyanyi dangdut Mas Idayu gagal mengawal air mata sebelum suaminya, Muhamad Sufian Isa, 51, melafazkan akad pada majlis pernikahan, pada Jumaat pagi.

    Menurut Mas Idayu, 50, dia bersyukur apabila akhirnya Allah SWT kabulkan doa dengan menyatukan hatinya dengan Penerbit Eksekutif TV3.

    Kata Mas Idayu, dia mula rasakan perasaan sunyi sejak dua tahun kebelakangan ini.

    Selepas 17 tahun hidup sendiri, saya tak percaya dengan mana-mana lelaki. Dua tahun lepas, saya berdoa setiap malam, saya ada rasa sunyi dan rasa nak ada teman hidup. Alhamdulillah, Allah kabulkan.

    Sekarang, saya dah ada teman untuk mengadu serta luahkan apa sahaja yang saya rasa, baik hal peribadi, mahupun kerja. Ada orang untuk saya berkongsi cerita.

    Pelantun lagu Selangit berkata demikian sejurus usai majlis akad nikah yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall. Ditanya tentang keperibadian suami yang menyebabkan dia jatuh hati, pemilik nama Mas Idayu Mesnun menyatakan Sufian seorang yang sangat lucu.

    Walaupun wajahnya kelihatan serius, tapi dia sebenarnya kelakar. Ketika borak berdua, kadang-kadang kami tergelak sebab apa yang dibualkan menjadi lucu.

    Mungkin juga sebab dia pernah mengendalikan program komedi untuk tempoh masa yang lama. Jadi memang tak sangka.

    Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kg Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001, kira-kira jam 10.40 pagi.

    Terdahulu, Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

    Foto: Hidzir Maarof SUMBER: OHBULAN!

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Budak nakal’ sapu dua pingat emas
    Next Article Lebih 1,000 kematian membabitkan golongan kanak-kanak
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.