Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair, ibu arwah Dida Sinclair berkesempatan melawat pusara anaknya itu di Jakarta Indonesia.
Malah, dia turut meluahkan rasa rindu terhadap Ashraf. Menerusi hantaran di Instagram (IG), ibu Ashraf atau nama penuh Khadijah Abdul Rahman memuat naik foto bersama ahli keluarga termasuklah anak arwah, Noah dan Bunga Citra Lestari (BCL) ketika berada di pusara anaknya itu.
Al-Fatihah untuk Almarhum Ashraf. Umi dan daddy berada di sini sempena hari ulang tahun kelahiran Ashraf.
Bukan itu sahaja, Dida turut mengatakan bahawa Noah memimpin bacaan Yassin dan tidak pernah terlepas untuk mendoakan agar anaknya itu ditempatkan ke dalam syurga.
Noah memimpin bacaan surah Yassin bersama seluruh keluarga tercinta di Jakarta. Umi tak pernah terlepas untuk membacakan doa untuk Ashraf ditempatkan ke dalam syurga. Aamiin. Allahummaghfir lahu warhamhu wa’aafihi wa ‘fu’anhu.
Dalam pada itu, BCL yang juga merupakan penyanyi terkenal Indonesia turut memuat naik momen sedih berkenaan di Instagram miliknya.
Hey you, selamat hari lahir. Kami rindukan kamu dan sentiasa mencintai kamu.
Al-Fatihah Menjengah ke ruangan komen, rakan artis serta peminat turut menitipkan doa buat Allahyarham Ashraf. Malah, ada juga di antara mereka yang memberi kata-kata semangat buat isteri serta keluarga arwah.
Sumber : dida_sinclair, bclsinclair dan OHBULAN!